Wednesday, 15 November 2017

Kenapa Allah Hantar Seseorang Untuk Kecewakan Kita ?

Assalamualaikum.
Andai kamu mencari yang sempurna
Pasti kamu merana sengsara
Carilah yang tidak mencela
Mampu menerima dirimu seadanya
Yang berkongsi saat gembira
Dan sentiasa bersama di saat berduka
Bukan senang untuk mencari pasangan hidup, yang sanggup terima buruk baik kita,
yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup hidup bersama sampai ke akhir hayat.

Jika kita SUKA seseorang,
kita akan berusaha untuk menjadikannya milik kita walau dengan apa cara sekalipun.
Tetapi jika kita CINTA seseorang,
kita akan mendoakannya agar dia sentiasa bahagia walau bukan dengan kita.

Kadang-kadang seseorang datang dalam hidup kita dengan cara yang baik membawa kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, ada tika juga yang datang itu sebenarnya hanyalah seorang musafir yang datang singgah sebentar melepaskan penat lelahnya yang kemudiannya berlalu dari hidup kita dengan cara yang paling pahit dan menyakitkan. Sedangkan air sungai pun boleh berubah, inikan pula hati manusia.

Perlu diingat..
Hati itu mudah berbolak-balik sifatnya.
Jadi, kena minta supaya Allah yang jaga.
Nak harapkan manusia?
Hmmm hati sendiri pun belum terjaga, ada hati nak jaga hati orang lain.
Memang takkan menjadi..

Allah hantarkan perasaan kecewa itu sebenar nak kita kenal dan tahu tentang perasaan itu serta itu merupakan tarbiyah Allah untuk kita.
Memang kita sedih ,kita akan bertanya adakah aku jahat sangat sehingga aku di uji seperti ini ? jawapannya tentukan tidak yang pasti Allah berikan ujian itu tanda Allah sayang pada kita dan memberikan peringatan bahawa ada yang lebih baik untuk kita.Dia adalah sebaik perancangan.
Selain itu juga , Sebab Allah nak tunjukkan tiada tempat pergantungan yang terbaik selain Dia. Allah nak dengar kita berdoa dan merintih padanya memohon kepadanya. Dia Maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.

Maka dia hantarkan seseorang itu untuk mencuri hati kita dan di berikan perasaan kecewa. Allah nak lihat bagaimana cinta kita terhadap Allah adakah lebih besar kita mencintai seseorang itu?

Pujuklah diri, Allah hantar seseorang untuk kecewakan kita mungkin juga disebabkan:
1. Allah ingin temukan jodoh buat anda yang lebih baik.
2. Allah akan kembalikan semula dirinya bila dia jadi lebih baik atau anda jadi lebih baik.
3. Kafarah kepada dosa-dosa kita. Untuk kita lebih dekat kepada-NYA.








gambar sekadar hiasan






Sumber:www.malaysiaviralstory.my

*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*

Wednesday, 21 June 2017

Iftar Bersama ❤️

Akhirnya...jadi jugak berbuka puasa bersama datin dua orang ni.Ops ya!tidak lupa kekasih hati dorang sekali 😬(Lan & Pull)
Makan di mana?haaa ni yang selalu dibincangkan tiap kali plan mau keluar makan.Dari siang ke malam,malam ke subuh masih belum comfirm ni!Lastly menapak la kami di "warung nasi lalap Abg Jo".Siapa orang Tawau dia taulah ni tenpat.

*Azan Maghrib-masing2 nda sabar mau melahap,yang lucunya tu makanan kami (aku,Red &Pull) nda sampai lagi.Rain dengan husband dia awal2 sudah oder so dorang makan dulu.

Macam mana dengan makanan?sedap ka nda?Hmm...boleh2 la kita patut bersyukur kan masih boleh menikmati makanan dengan tenang dibandingkan dengan mereka2 yg tempatnya dijajah?kan???

Sebenarnya bukan mau cerita pasal bestnya makan tapi bestnya dapat luangkan masa dengan sahabat.Kawan baik senang untuk dicari tapi sahabat yang mau ada masa kita susah atau  senang tu yang sukar dicari.Aku bersyukur dengan persahabatan ini walaupun aku jadi "ubat nyamuk" dorang ni.HA HA😂









Anyway thanks Lan for the treats!








* Love Chitra :-*

Wednesday, 3 May 2017

5 Sebab Wanita Garang Buat Lelaki Lebih Bahagia!

Kalau ikutkan ramai lelaki takut kalau dapat pasangan/isteri garang. Mana tidaknya, semua tindak tanduk akan dipantau dan setiap percakapan perlu dijaga.
Namun tahukah anda sebenarnya ada kelebihannya jika anda dapat pasangan atau wanita yang garang. Boleh dikatakan anda lebih beruntung sebenarnya.
Nak tahu kenapa? Kami senaraikan 5 sebab munasabah anda akan lebih bahagia jika dapat wanita garang.

1. Mereka akan melindungi anda

Mak korang mesti garang kan. So kalau dapat wanita garang sebagai pasangan mereka jenis lebih mengambil berat dan menjaga anda. So, tak perlu takut dengan ancaman luar.

2. Elak anda lakukan perkara bodoh

Lelaki ni suka buat perkara bukan-bukan dan adakalanya perkara bodoh. So, kalau dapat awek jenis garang elakkan anda terjerumus untuk buat perkara tak elok.

3.Mereka lebih berdikari

Wanita garang ni bukan jenis lemah dan mereka mampu lakukan banyak perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Bila jenis berdikari ni, buatkan hubungan lebih lancar dan tiada masalah.

4. Mereka bijak merancang

Wanita garang ni tahu apa yang mereka inginkan dan bijak dalam perancangan. Mereka tak suka melengahkan sesuatu perkara. Kehidupan lelaki juga akan lebih teratur.

5. Jenis tak suka menyusahkan

Jika anda keluar makan bersama dan teman wanita/isteri anda mahu membayarnya biarkan je. Walaupun anda mampu berikan wang beribu ringgti, wanita jenis ini ada prinsip mereka sendiri yang tidak suka menyusahkan sesiapa.














Sumber: HANASUVA

*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*

Monday, 13 March 2017

Kahwin Muda dan Duit

Kahwin pada usia muda tanpa adanya income, bagaimana?
Pertama sekali, istilah kahwin awal tiada sebenarnya. Saya tidak percaya bahawa adanya istilah kahwin muda dalam Islam. Islam mengajar untuk kahwin sedia, bukan kahwin muda atau tua. Kahwin tidak patut diukur dari segi umur kerana masa bukan faktornya. Fokus kita telah silap apabila kita melihat persediaan kahwin dari segi faktor umurnya. Realitinya, faktor yang dikira adalah kematangan. Awal atau lewat bukanlah persoalannya. Ibarat buah-buah atas pokok, setiap satunya ada waktunya yang tersendiri untuk masak dan dipetik. Dalam suatu masa, banyak buah yang masak tetapi tidak mustahil bahawa ada yang belum masak lagi. Samalah juga seperti umur. Kematangan itu ada kaitannya dengan umur dan rata-rata kita mengharapkan orang akan matang dengan umur yang meningkat. Tetapi, umur tidak menentukan kematangan. Ia hanya berkait (correlational) tetapi ia tidak menentukan (causational).

Jika seseorang itu matang pada usia 20 tahun, sebagai contoh, maka dia sesuai untuk berkahwin sekiranya dia ingin kahwin. Tetapi sekiranya umur seseorang itu 40 tahun sekalipun tetapi tiada kematangan diri, maka kurang sesuai untuk dia kahwin. Apakah kematangan yang dimaksudkan? Kematangan yang dimaksudkan adalah kematangan dari segi fizikal, intelektual, spiritual, dan emosional. Khususnya kematangan emosional dan lebih khusus lagi adalah kematangan dari segi mengawal kemarahan dan ego. Dua perkara ini adalah penyebab besar mengapa sesebuah rumahtangga itu boleh retak dan mungkin hancur. Sekiranya seseorang itu tidak punyai kawalan atas kemarahannya dan atas egonya, walaupun umurnya sudah tua, maka kurang sesuai untuk dia berkahwin. Itu boleh kita sifatkan sebagai belum bersedia untuk kahwin. Ukur persediaan untuk berkahwin pada tahap kematangan diri, bukannya pada lama mana diri ini sudah hidup atas muka bumi ini. Untuk hidup lama tidak susah, tetapi untuk matang dalam kehidupan itu yang mencabar. Keduanya, bercakap soal duit pula, tiada yang akan kata duit itu tidak penting untuk perkahwinan ataupun untuk apa-apa perkara dalam kehidupan. Duit merupakan satu keperluan dalam kehidupan. Islam tidak menghalang manusia daripada mencari duit, malah menggalakkannya lagi. Apa yang Islam bawa adalah panduan agar duit yang dicari itu halal dan digunakan pada perkara-perkara yang sepatutnya.

Dalam masa yang sama, Islam juga mendidik umat manusia untuk tidak ditenggelami sifat tamak dan kedekut apabila bercakap soal duit. Tidak kiralah sama ada seseorang itu kaya ataupun miskin, setiap daripada kita harus mengingati perkara ini agar kita tidak lari daripada landasan sebenar. Sekali lagi, kita tersilap sekiranya kita melihat persediaan kahwin dari segi faktor duit i.e. duit banyak baru boleh kahwin. Fokus kita perlu dialihkan daripada kaya atau miskin seseorang itu kepada kemahirannya dalam mencari rezeki yang halal dan tahap pengurusan wangnya. Seseorang itu mungkin kaya, tetapi dia tidak mencari rezeki yang halal dan dia boros dalam pengurusan wangnya. Ketandusan taqwa dalam mencari rezeki yang berkat dan kependekan akal dalam merancang kewangan diri adalah dua perkara yang kita mahu jauhi dalam diri sendiri dan juga dalam diri bakal pasangan kita, walaupun pasangan kita itu kaya raya. Kita mungkin terlalu risau soal duit dan perkahwinan sehinggakan kita miss the point tentang apa yang sebenarnya dianjurkan dalam agama. Apakah kita fikir orang miskin tidak boleh kahwin? Apakah haram untuk orang miskin berkahwin? Apakah kemiskinannya itu menjamin kehancuran rumahtangganya? Ini tidak bermakna kita boleh kahwin tanpa ada satu sen pun dalam poket kita. Ini tidak bermakna kita ambil ringan soal duit dalam perkahwinan.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, duit itu penting dan tiada sesiapapun yang akan meremehkan kepentingannya. Tidak dinafikan bahawa salah satu punca penceraian adalah masalah kewangan. Tetapi, dalam masa yang sama, kepentingan duit itu perlu diletakkan dalam konteks prioriti yang lebih besar. Duit bukan segala-galanya dalam perkahwinan. Kaya boleh merana, dan miskin boleh bahagia. Sekiranya kita mempunyai skil untuk mencari duit yang halal dan mempunyai skil untuk merancang dan mengurus wang dengan baik, bukankah itu antara ciri-ciri calon yang baik?Bercakap soal muda dan duit pula, menjadi seorang pelajar bukanlah alasan kukuh untuk tidak mempunyai duit. Seorang rakan saya pernah menceritakan bagaimana beliau boleh membiayai pengajian universitinya tanpa biasiswa dan hutang. Beliau mengumpul duitnya sendiri dengan bekerja satu semester dan belajar satu semester. Walaupun beliau menghabiskan pengajiannya tidak seawal rakan-rakan yang lain, tetapi beliau bebas hutang dan mempunyai skil untuk mencari duit yang halal. Itu hanyalah satu contoh. Mesejnya adalah kita kadang kala menyempitkan kehidupan kita sendiri apabila kita menyempitkan pilihan-pilihan yang ada. Kita mungkin terlalu taksub dengan pilihan A: kahwin apabila ada duit banyak dan ijazah tinggi. Kita lupa bahawa ada pilihan B hingga Z yang belum kita fikirkan lagi.
Dengan pilihan yang begitu sempit, tidak peliklah mengapa ramai yang hampa dengan prospek untuk berkahwin dan juga tidak pelik mengapa begitu ramai yang menangguh perkahwinan. Mungkin kita perlu berhenti seketika dan kembali kepada asas: apa sebenarnya yang Islam gariskan sebagai ciri-ciri orang yang layak berkahwin?Kadang kala kita leka dengan aksesori sehingga kita lupakan komponen-komponen wajib yang perlu ada dalam sesuatu perkara yang menjadikan ia berfungsi. Ibarat kereta; kita begitu fokus kepada pelbagai jenis aksesorinya sehinggakan kita lupa untuk menjaga enjinnya. Fungsi sebuah kereta adalah untuk membawa kita ke destinasi yang kita ingin pergi. Tanpa enjin yang berfungsi, bagaimana kereta itu boleh bergerak? Apakah nilainya aksesori yang cantik dan canggih jika sebuah kereta itu hilang fungsi keretanya?Samalah juga seperti perkahwinan, ia ada fungsinya. Jadi kita perlu kembali kepada asas-asas perkahwinan agar kita tidak lari daripada fungsi sebenarnya. Jangan pula kita gugur rambut memikirkan perkara-perkara aksesori, hingga kita lupa kepada fungsi. Apabila sudah berkahwin nanti, kita akan sedar bahawa aksesori bukanlah penjamin kebahagiaan.






























Sumber:https://rahsiakahwinmuda.blogspot.my

*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*

Wednesday, 18 January 2017

Realiti Alam Perkahwinan Yang Ramai Tidak Tahu

Hai semua. Aku memang follow page iimuc ni. Aku tengok banyak yang sebut hal-hal mengenai perkahwinan la, kahwin cepat la, kahwin lambat la, bab-bab belanja perkahwinan dan majlis perkahwinan pun ado.. aku nak tanya je.. sebenarnya apa tujuan korang-korang ni semua nak berkahwin eh??
1) Ada yang couple lama, 5,6,7 tahun.. dari keluar berdua-duaan gitu baik nikah ye tak?? Boleh “dating halal”. Boleh pegang-pegang..Boleh manja-manja sebab status dah bertukar.. Dulu haram, sekarang dah halal, ye dak??
2) Ada yang sebab tengok orang lain dah kahwin.. eh.. macam sweet je kahwin ni.. seronok.. dicintai.. disayangi.. romantik je tengok orang yang dah kahwin tu update status sweet-sweet je.. senyum je 24, 34 jam.. eh, teringinnya.. bila turn aku pulak ni..
3) Ada yang eh, tak nak lah couple-couple ni.. baik bercinta lepas nikah terus. Bebas. Cinta halal. Tapi sebelum dapat bernikah tu terfikir point nombor 1 & 2 tu.,. boleh manja2 & teringin sebab orang lain dah kahwin. Yang ni aku tak mention semua ye.. sebilangan nya akan terfikir camtu.. maksud aku yang bajet under “couple islamik”
Maaf aku cakap. Kalau ini la yang korang semua fikirkan, makna nya korang dah “lari” , dah “tersasar” daripada konsep perkahwinan yang sebenarnya. Betul, tak dinafikan kahwin memang seronok. Memang sweet terutamanya pada usia 2,3 bulan perkahwinan. Masa ni, partner tak dak depan mata pun rasa rindu sangat2 dah. Tak nak berenggang. Nak melekat macam gam 24 jam. I lap you, you lap me.
Sekarang balik kepada tujuan perkahwinan yang sebenar. Niat tu kena betul. Kalau setakat korang berniat macam point 1,2,3 .. check balik hati tu. Betulkan niat. Kita nak kahwin ni, biar kerana Allah. Kerana sunnah rasullah berkahwin. Kerana ingin menambahkan umat Muhammad dalam muka bumi ni. Kenapa aku cakap betulkan niat, sebab setiap perbuatan itu memang dimulai dengan niat kan?? Paling penting betulkan niat sebab kita nak kan keberkatan dalam perkahwinan ni. Niat kita tu memberi kesan kepada perkahwinan kita sebenarnya.
Kalau takat korang pikir ok kahwin dulu, anak kemudian. Honeymoon dulu. Tu pun korang dah lari dari tujuan asal perkahwinan dalam islam sebenarnya. Nampak benor niat korang kahwin tu nak seronok-seronok je. Pastu bila disahkan pregnant, jem dulu kepala otak.. serabut.. “aduh.. kenapa la awal benor mengandung ni… tak puas lagi nak bermesra-mesra.. kewangan pun tak stabil lagi.. nak tambah lagi pulak… serabutla!” See? Rujuk niat asal.
Kalau kahwin pulak , ditakdirkan untuk tidak mendapat zuriat.. orang lain pulak mengata.. keinginan nak anak makin membuak-membuak sebab orang lain yang kahwin lewat dari kita dah pregnant , anak dah besar2 kita belum dapat lagi.. cuba rujuk balik niat asal masa kita kahwin dulu.. ada tak niat nak seronok2 tu??
Kalau niat kahwin ok, nak terus dapat anak.. nak terus lekat sebab faktor umur, sebab suka budak-budak..maybe juga ada sikit sebab nak menunjuk yang aku ni subur.. Tapi.. pap! Ditakdirkan tak dapat-dapat jugak lagi.. Cek balik niat. Kahwin kerana anak ke, kahwin kerana Allah yang utama?? Siapa yang rezeki kan anak??
Kalau kau bercinta bertahun-tahun.. pastu kahwin.. tak pun kau kahwin sebab kahwin ni kau dengar sweet.. ok. Bulan pertama, kedua, ketiga kau bahagia yang amat. Ok. Tapi.. bila kau nampak perangai sebenar pasangan kau.. aku tak bagi contoh besar, aku bagi contoh kecikkk je.. kau kena hadap kentut pasangan kau hari2.. sanggup? Ai kata sweet sampai jannah kan.. takkan tak tahan kot kentut partner kau.. orang laki ni belum dapat je cover2 kentut tu.. bila dah dapat sekali bom atom dia bagi kau. Belum kira part berak tak reti flush.. spender bergulung bentuk 8, stokin busuk letak merata.. orang perempuan sebelum dapat cover makan ayu-ayu.. konon2 diet.. sekali dah kawen selera makan macam gajah, gelojoh pulak tu, tido air liur basi meleleh, pemalas nak mandi, semua terbongkar wei kalau dah duduk serumah bertahun- tahun.. hari2 mengadap dia kan.. aku tak masuk la part pemalas, pengotor, kaki pukul, kaki judi, kaki carut dan kaki segala kaki tu.. pastu?? Menyesal aku kahwin.. kalau tau dia macam ni.. Cuba cek balik niat asal kau kahwin tu… nak seronok kan kahwin..
Part niat setle. Kita pindah part komitmen. Yes. Perkahwinan = komitmen. Kalau rasa-rasa tak sanggup nak bagi komitmen sila membujang. Sila tengok korang ni betul-betul bersedia atau tak nak berkahwin bila:
1) Bangun tido pukul 9,10,11,12. Jangan siapa-siapa pun kacau aku tido kalau tak aku mengamuk. Tak sanggup berjaga malam menyusukan anak, tukar pampers anak, layan kerenah anak main/mengamuk sedangkan esok pagi-pagi korang kena bangun awal pergi kerja/kelas. Maaf. Anak korang terutamanya bayi tak pernah kenal erti siang/malam. “Janji korang kena layan aku,” kata bayi-bayi tersebut. Ini tertakluk kepada kaum ibu dan bapa dan bukan hanya tugas seorang ibu sahaja.
2) Malas masak. Tak pandai masak takpe, jangan malas masak. Pokai weh hari-hari makan luar .. nak ada bibik kau kahwin dengan rakyat marhaen je pun..
3) Tak reti kemas rumah/ buat kerja-kerja rumah. Pinggan/cawan sebijik pun tak reti nak basuh, semua mengharapkan orang. Basuh baju sendiri pun pemalas. Sanggup pakai baju recycle. Tempat tido tak reti nak kemas. Rumah tak bersapu. Kain baju kotor bersepah. Balik rumah mengadap hp, tido. Tak peduli rumah macam tongkang pecah. Ini contoh-contoh bakal ibu bapa yang akan menghantar anak-anak dia ke taska/pengasuh dalam keadaan pampers bocor/ taik kering la ni. Alasan tak sempat.
4) Nak enjoy. Nak bebas. Nak keluar malam. it’s ok kalau kau takde apa-apa komitmen lagi. Tapi once bila dah komitmen kau memang kena slow-slow kurangkan/ tinggalkan terus aktiviti malam kau terutamanya bila dah ada anak. Contoh kecil, tak kan hari-hari kau lepak mamak balik pukul 2-3 pagi. Kesian kat partner kau. Sesekali takpe la. Bila dah kahwin, aktiviti masa bujang tu bawak-bawakla kurangkan. Diorang yang bujang tu lain la, takde komitmen. Yang perempuan terutamanya bila dah kahwin dunia dia untuk suami dengan anak-anak je lah. Masa nak bersosial dengan kawan-kawan sebelum kahwin dulu memang dah limit, dah takde nak hang out together-gether. Sorry to say, perempuan bila dah kahwin selalunya memang friendship separuh jalan. Dapat whatapps member pun kira ok dah. Hang out bersama memang kurun ke berapa pun tak tau la… sobs..
Bab lain. Keberkatan dalam perkahwinan. Bila perkahwinan tu ada keberkatan dia, baru la bahagia beb. Tanda-tanda keberkatan dalam perkahwinan tu bilamana:
1) bila hati sempit terasa lapang
2) bila tengok pasangan rasa tenang. Sejuk mata.
3) balik rumah hati pun tenang even rumah tu sempit
4) sentiasa rasa cukup walaupun gaji sikit. Nampak tak cukup tapi ada je rezeki..
5) hati masih berlapang dada walau dihimpit masalah.. masalah besar terasa kecil
6) rasa bahagia dengan pasangan & anak2
Aku share kan sikit cara-cara macammana nak dapatkan keberkatan dalam perkahwinan tu sendiri. Sebenarnya benda-benda ni bermula dari majlis perkahwinan korang tu sendiri sebenarnya.
1) Betulkan niat. Kahwin kerana Allah, kerana sunnah Rasullullah.
2) Jangan tinggal solat time majlis! Kau tu raja sehari je..bukan Raja Seluruh Alam! Siapa Raja Seluruh Alam kau??
3) Tinggalkan benda-benda lagha. Nyanyi-nyanyi, karok-karok, menari joget lambak semua.. Kita nak tarik rahmat Allah..
4) Doa dari para tetamu. Pengantin ni lebih perlukan doa dari kamu tetamu yang hadir sebenarnya. Aku bersyukur pasal time aku kahwin dulu lagu Maher Zain Barakallahulakuma tu memang tengah hit. Jadi tetamu yang bersalam dengan pengantin semua pakat doa ikut bait-bait lagu tu.. Terima kasih ye korang.. =)
5) Pengantin jangan sombong. Salam. Jumpa semua orang. Bukan asyik posing kat pelamin je. Senyum. Mintak tetamu doakan untuk korang. Kita tak tahu tetamu mana yang bawak berkat kat kita. Yang doa dia Allah makbulkan.
6) Kalau boleh tak payahla bersanding, tepung tawar bagai. Bukannya ada dalam agama kita pun.. Adat hindu kan tak silap aku? Korang nak tayang apa sebenarnya?? Time aku ada jugak buat majlis di dewan, tapi aku request gantikan pelamin tu dengan meja makan pengantin je.. Ambik kau.. ramai-ramai makan kat pentas, takde la segan sangat kan.. hihi.. Pelamin ada jugak, tapi kat rumah, tapi just untuk ambik gambar je. Buat kenangan.
7) Jaga hukum hakam, jaga aurat. Bab yang ni, korang sendiri pun tau kan cara sepatutnya pemakaian seorang wanita dalam islam. Ingat lagi sekali. Kita nak tarik rahmat Allah. Doa malaikat. Bab salam tu, jangan le main belasah je salam semua. Abang ipar, kakak ipar, sepupu sepapat, pak cik mak cik yang bukan mahram, pandai-pandai la korang nak elak. Tu belum kira part mekap dengan jurugambar lagi. Walaupun nyah, dia tetap lelaki. Jangan pulak korang suruh jurugambar lelaki ambik gambar korang tengah bersiap tak pakai tudung… Aurat tetap aurat.
8) Inai, rantai, barang kemas bagi lelaki. Kalau boleh, janganla pakai inai kat jari bagi lelaki. Sebab inai di jari ni untuk perempuan. Harus bagi lelaki bagi tujuan perubatan je. Rasanya ustaz azhar idrus ada kot sebut pasal hukum pakai inai ni. Tak silap aku la.. Barang kemas sah-sah hukum dia haram kan..
Kahwin ni tak perlu nak gah. Nak grand sangat. Buat apa kahwin tapi tanggung hutang seumur hidup. Lantak le orang yang mengata tu.. sampai kurun ke berapa dia nak menyebut pasal majlis korang tu.. lama-lama diam la diorang. Pasal hantaran tinggi, dah jadi trend kan sekarang? Aku anak sulung. Perempuan sorang dalam family. Ada pelajaran. Tau apa ayah aku buat? Dia cakap kat suami aku, berapa yang suami aku mampu bagi? Suami aku cakap RM5000. Ok, fine. Masa hari bertunang, of course sedara-mara ramai hadir. Ayah aku cakap kat sedara mara, hantaran aku RM10k. Baki bank in lain sebab nak tutup mulut orang. Dalam surat nikah tulis hantaran aku RM10k.Time kenduri cakap je kat sedara mara aku yang lain kata suami aku dah bayar baki. Sampai sekarang sedara mara aku tak tau pun hantaran aku RM5k je. Diam-diam sudah..
Aku kahwin umur 23. Umur aku sebaya dengan suami aku. Birthday kami sama. Negeri pun sama. Sweet tak kitaorang?? Haha poyo jap. Nasihat aku, tak salah nak kahwin awal. Tapi pemikiran korang kena matang. Kena sedar dunia perkahwinan ni tanggungjawab. Bukan takat seronok je.. Alhamdullillah aku dan suami jarang sangat bergaduh. Boleh dikira setahun berapa kali gaduh. huhu..
Sumber:Dari aku yang masih bertatih dalam dunia perkahwinan tahun ke 5.
– Cik Puan Awet Muda http://www.iiumc.com/






































*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*

Friday, 6 January 2017

Baik buruk,dia tetap kakak


Assalamualaikum. Sebelum ni aku ada terbaca satu confession tentang kakak sulung dia. Menarik cerita dia. Seronok juga baca. Rasa nak gelak pun ada sebabnya memang ada part yang sama. kihkih. Btw aku seorang kakak sulung dari 4 orang adik beradik. Perwatakan seorang kakak tak sama bila dia dengan member & adik-beradik. Jauh sangat beza dia. Sapa sulung meh sep sikit.

Pengorbanan seorang kakak sulung ni besar tau. Lagi-lagi kau ni perempuan. Kau lah paling tua. Kaulah paling besar dari adek2 kau. Kakak ni peganti ibuayah bila takda. Peganti bila mak ayah kau keluar bekerja. Peganti mak ayah kau bila memerlukan pertolongan. Tanggungjawab kau banyak sebenarnyaa. Nak list pun tak tertulis tauu. Ada some part perangai si kakak-kakak ni tau. Ni nak share apa sebenarnya hati seorang kakak. Tapi depends jugaklah. Tak semua macam ni. Tapi mybe majoriti sama.


Kakak kuat bebel/tegas:
Seorang kakak memang kuat bebel. Ni paling teruk. mungkin tak semua la. Kalau boleh semua benda nak complain. Tak faham aku. Part paling taktahan telinga bila kakak dah siap kemas rumah. Adek2 buat sepah. Masa tu kau kena tadahlah telinga. Potpetpotpet dia. Fuhh ! Kakak ni kuat bebel ni mungkin sebab dia banyak benda nak buat. Bukan 1 kerja bukan 2 kerja. So adek2 kenalah faham sikit. Mungkin dia penat dengan kerja yang tak settle2. betul ke idok tuu kakak2 sekalian.


Kakak Pandai cari duit:
Selalunyaa kakak2 ni pandai cari duit sendiri. Berdikari & bertanggungjawab. Mungkin sebab dia sulung. Ada adik2 dia bersekolah & perlukan perbelanjaan. Walau sesibuk dia, walau sebebel dia segarang dia takpernah lupakan adek dia. Asal makan je ingat adek kat rumah. Senang cerita, apa yang seorang ibu risaukan makan minum anak dia, macam tu juga kakak risaukan makan minum adik dia. Kalau ada rezeki lebih sikit dia suka belanja makan. Bawak adek2 dia jalan2. Dekat2 pun jadi.


Kakak Garang macam mak tiri/macam singa:
Mungkin memang anak sulung macam ni kot. Dia punya garang kalah mak tiri weh. Macam singa pun ada. Bila dah start marah tu, Segala muka bengis dia, Dia punya mengamuk kalah tarzan. Pantang dicabar bila adek2 dia degil tak dengar cakap. Sapa yang pernah kena tarik telinga, kena pang pang pelempang tu, yang kena hanger tu mai habaq cepat. Hahaha. Sebenarnya, seorang kakak takda niat pun nak buat macam tu tau. Mungkin tengah bengang. Terlepas jugak. Kalau dah kena tu redha jelaa. Semoga jadi baik sikit (sikit je).

Rajin Layan Adek:
Huh ! bayangkan semua nak kena layan. Yang ada adek sekolah tu lagi lerr. Karenah tak boleh nak elak. Kejap nak ajak beli pen. Kejap nak ajak beli pensil. Kejap nak beli paper colour. Photostat lah. Esok ada jamuan nak cari makanan lah. Semua kakak. Korang tahu. Penat macam mana pun dia. Dia akan layan semua permintaan korang. Walau pun kau kena hadap bebel dia dulu. Hui. tu perkara biasa. Kahkah.


Kakak suka cari gaduh/pembuli tegar:
Aku percaya ramai kakak2 ni suka buli adik dia. Paling terok si bongsu. “woi dek amik remote cepatt !!!!” “woi dek pergi ambik air akak kat belakang, akak haus” “woi dek pergi buka pintu jap ada orang datang” “woi dek goreng nuget kejap akak lapar” semuaa woi woi woi adek adek. Aku perati je si bongsu ni. Salute jugak sebab kena buli hari2 pun muka bongsu ni redha je. HAHAHAHAH. Terserlah ler kak oi 50% rajin 50% pemalas. Tapi percayalah dek, kakak2 ni buli pun sebab sengaja nak cari gaduh. Gaduh gurau2. biasalah tu. Tak buli tak best betul tak.


Sebenarnyaa, Dalam tak sedar kakak sangat sayang adek2 dia. Baik buruk dia, korang tetap adek dia. Kakak sangat penyayang. Ambil peduli adik2 hal korang semua. Percayalah, korang takkan nampak kebaikkan dia sebab korang selalu nampak kakak asik bebel+garang+tegas+kuat marah. Semua sebab dia nak didik korang jadi manusia. Sebab kakak ni makan asam garam dulu dari yang lain.


Apaapa pun hormat kakak macam mana korang semua hormat orang lain. Walau apa pun perangai dia, dia tetap kakak korang. Kalau dia salah tegur dia. Manusia tak sempurna. Perangai garang bebel semua tu mungkin memang dah ada dalam diri mereka. Kalau berubah pun. Berubah sikit jelaa. Nak 100% berubah tu aku sendiri pun tak percaya. Hahahah.


Untuk si kakak dahlah tu jangan jadi singa sangat. Okbaii.





Sumber:IIUM CONFESSIONS



OK cerita aku lain pulak,memang aku kakak sulung tapi dirumah aku seakan anak bongsu.Balik-balik kena buliiiii saajjjjjjjaaaaaaaaaa.:'( Mengadu dekat abang ipar baru tahu!(eleh..macam ada)

-kaklong Chitra❤
















*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*