Tuesday, 18 October 2016

"Untuk melupakan"


Ramai manusia sebut perkara yang sama berulang kali pada saya, kita perlukan manusia lain untuk ubat hati kita yang lara ini. Kita perlukan seseorang lain untuk lupakan kenangan manis kita bersama manusia yang sebelumnya. Saya cuba lakukan perkara yang sama dahulu dan hasilnya, saya melukai hati manusia yang tidak bersalah.

Untuk melupakan seseorang kau tidak perlu manusia lain untuk mulakan hidup baru. Tidak perlu tarik seorang manusia tidak berdosa dengan masalah hati yang kau rasa. Itu hanya merumitkan keadaan. Umpama kau keluar mulut buaya, kau terjatuh ke mulut sang naga. Masalah kau tidak selesai, kau hanya tangguh masalah lama dan sedang bina masalah baru.

Untuk melupakan dia, kau perlu belajar sayang diri kau, kenal diri kau. Dia sudah berkahwin, dia sudah jumpa yang lebih baik, biarkan. Kau tidak perlu berlumba untuk menangi dia. Ingat, hidup kau bukan perlumbaan. Berlumba untuk itu hanya untuk orang bodoh.

Dia berlumba untuk tunjukkan kau sudah kehilangan yang kononnya PERMATA, kau biarkan. Perjuangan kau kini bukan semata untuk cinta. Kau jatuh kerana cinta, dan biarlah kau naik juga kerna CINTA. Cuma kali ini, cinta kau lebih penuh pada Tuhan, cinta kau lebih kukuh buat diri sendiri.

Ketika seseorang sentiasa berada dalam minda kau walau kau cuba melupakan, itu tandanya tiga.

Satu, kau berdendam dan masih sayang.
Kedua, kau masih sayang, dan masih mahu mencuba.
Ketiga, kau cuba melupakan dengan membenci tapi kenangan manis sering bermain di minda.

Sampai satu ketika nanti, kau akan rasa kau manusia pembazir. Yang hidup untuk memikirkan cerita lama, sakit yang lama. HEY, jika TUHAN mahu kau rasa SEDIH sentiasa, dia sudah matikan kau. Dia masih beri kau nyawa bersebab.

Untuk kau buang hal yang sakitkan hati.
Untuk kau jadi lebih bahagia dan tidak bersama dengan manusia yang SALAH.
Dan yang utamanya, untuk kau sedar,

HIDUP INI SUATU PERJALANAN. Cerita gembira, untuk ajar kau bersyukur. Cerita sedih, mengajar kau lebih ingat pada Dia dan kuat dari sebelumnya.

Lihat sekeliling, kau sudah lengkap. Kau cuma terlampau emosi untuk sedar dan nampak. Esok jika masih bernyawa, mulakan hidup baru. Hari-hari, hari baru jika kau buka mata dan rasa kasihnya Tuhan itu sentiasa ada.









Sumber: Abam Faiz ❤❤❤
*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra 😘

Sunday, 16 October 2016

Nasihat yang Terbaik dari orang paling kaya di China.



Jack Ma
Pengasas Alibaba

Jack Ma  berkata,

"Tolong beritahu anak-anak kamu bahawa dunia berubah setiap hari dan tiada sesiapa akan menunggu bila masa sudah berlalu.

Bila pemetik api dicipta, mancis perlahan-lahan lenyap.

Bila kalkulator dicipta, abakus juga menghilang.

Bila kamera digital direka, jualan negatif filem tidak lagi wujud.

Bila jualan langsung@penjualan secara online meningkat, pemasaran secara tradisional menurun.

Bila smartphone guna 4G
(akses internet tanpa talian) diperkenalkan kpd dunia, kita tidak perlu lagi memasang komputer di rumah.

Bila Wechat dan whatsapp
(mesej teks /suara/video bergerak) dibangunkan,  mesej teks tradisional (SMS) tidak lagi sepopular dulu.

Jangan kita tuduh "siapa ambil bisnes siapa." Ia hanyalah disebabkan org lebih cepat menyesuaikan dan mengadaptasi kepada idea baru dan perubahan di dunia.

Ada org bertanya kepada Jack Ma,
"Apakah Rahsia kejayaan kamu" Dia berkata "Sangat mudah...Saya buat (bertindak) semasa kamu hanya memerhati."

Ingatlah dunia berubah setiap hari.  Kalau kamu tidak berubah, kamu akan ketinggalan.  Kamu Tuai apa yg kamu semai dan Bagaimana Anda Guna MASA yang Ada.

Kalau kamu habiskan masa bergaul dengan orang-orang Berjaya, kamu  menjadi seorang yang BERJAYA.

Kalau kamu luangkan masa utk belajar, kamu mungkin beroleh kebijaksanaan.

Kalau kamu luangkan masa utk membaca buku untuk majukan Diri, kamu akan beroleh Peningkatan Diri.

Kalau kamu habiskan masa utk "minum", kamu mungkin menjadi seorang pemabuk.

Kalau kamu habiskan masa mengomplen, kamu akan menjadi seorang yg suka menyalahkan.

Kalau kamu luangkan masa untuk mencantikkan diri kamu, kamu mungkin menafikan seorng gadis yg cantik/lelaki yg handsome.

Kalau kamu luangkan masa utk kekal sihat, kamu akan nikmati kehidupan sihat yang baik.

Kalau kamu habiskan masa menjadi seorang yg suka marah-marah, kamu mungkin menjadi org yang tidak disukai orang.

Kalau kamu habiskan masa dengan keluarga, kamu akan mewujudkan kasih sayang dan perhubungan yg aman dgn orang-orang yang kamu sayangi.

Beza antara orang yang berjaya dan tidak ialah Bagaimana Pintarnya Anda Menggunakan Masa.

#CopyPaste

P/S Kita akan jadi apa mengikut siapa di sekeliling kita.

Macam mana nak cari kawan yang baik?KLIK SINI









*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*

Saturday, 15 October 2016

Pecayalah Allah Akan Buka Pintu Rezeki Yang Luas Saat Kamu Berkahwin

Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin? Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra :-*