Tuesday, 18 October 2016

"Untuk melupakan"


Ramai manusia sebut perkara yang sama berulang kali pada saya, kita perlukan manusia lain untuk ubat hati kita yang lara ini. Kita perlukan seseorang lain untuk lupakan kenangan manis kita bersama manusia yang sebelumnya. Saya cuba lakukan perkara yang sama dahulu dan hasilnya, saya melukai hati manusia yang tidak bersalah.

Untuk melupakan seseorang kau tidak perlu manusia lain untuk mulakan hidup baru. Tidak perlu tarik seorang manusia tidak berdosa dengan masalah hati yang kau rasa. Itu hanya merumitkan keadaan. Umpama kau keluar mulut buaya, kau terjatuh ke mulut sang naga. Masalah kau tidak selesai, kau hanya tangguh masalah lama dan sedang bina masalah baru.

Untuk melupakan dia, kau perlu belajar sayang diri kau, kenal diri kau. Dia sudah berkahwin, dia sudah jumpa yang lebih baik, biarkan. Kau tidak perlu berlumba untuk menangi dia. Ingat, hidup kau bukan perlumbaan. Berlumba untuk itu hanya untuk orang bodoh.

Dia berlumba untuk tunjukkan kau sudah kehilangan yang kononnya PERMATA, kau biarkan. Perjuangan kau kini bukan semata untuk cinta. Kau jatuh kerana cinta, dan biarlah kau naik juga kerna CINTA. Cuma kali ini, cinta kau lebih penuh pada Tuhan, cinta kau lebih kukuh buat diri sendiri.

Ketika seseorang sentiasa berada dalam minda kau walau kau cuba melupakan, itu tandanya tiga.

Satu, kau berdendam dan masih sayang.
Kedua, kau masih sayang, dan masih mahu mencuba.
Ketiga, kau cuba melupakan dengan membenci tapi kenangan manis sering bermain di minda.

Sampai satu ketika nanti, kau akan rasa kau manusia pembazir. Yang hidup untuk memikirkan cerita lama, sakit yang lama. HEY, jika TUHAN mahu kau rasa SEDIH sentiasa, dia sudah matikan kau. Dia masih beri kau nyawa bersebab.

Untuk kau buang hal yang sakitkan hati.
Untuk kau jadi lebih bahagia dan tidak bersama dengan manusia yang SALAH.
Dan yang utamanya, untuk kau sedar,

HIDUP INI SUATU PERJALANAN. Cerita gembira, untuk ajar kau bersyukur. Cerita sedih, mengajar kau lebih ingat pada Dia dan kuat dari sebelumnya.

Lihat sekeliling, kau sudah lengkap. Kau cuma terlampau emosi untuk sedar dan nampak. Esok jika masih bernyawa, mulakan hidup baru. Hari-hari, hari baru jika kau buka mata dan rasa kasihnya Tuhan itu sentiasa ada.









Sumber: Abam Faiz ❤❤❤
*~Terima kasih sebab sudi baca...~* Love Chitra 😘

No comments:

Post a Comment