Wednesday, 4 April 2018

Rumput Yang Paling Cantik

Tiba-tiba aku terpanggil untuk berkongsi satu cerita ni...mungkin kamu masih ingat zaman sekolah kita dulu-dulu pernah terbaca kisah ni...kisah ni tentang rumput yang paling cantik.Haaa....ingat kan?sapa nda ingat mungkin zaman sekolah dulu dia kurang peka laa. :D Kisahnya begini.......


*****


Pada suatu hari, seorang murid bertanya kepada gurunya.Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang kasih sayang.
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih sayang itu berkekalan?
Cikgu : Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan mu. Pilih yang paling cantik tanpa kamu menoleh ke belakang lagi walau sekali.
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas. Tiada sehelai rumput di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipilih?
Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya cari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata petik yang paling cantik, maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula. Jadi tiadalah rumput yang boleh di petik.
Cikgu : Itulah jawapannya. Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di hadapan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput.

Pengajaran Kisah Ini 
Perjalanan hidup ini memang ibarat kita berjalan di sebuah padang yang luas.Kita sentiasa memasang angan dan harapan, di sana atau di tempat lain akan ada sesuatu yang lebih baik atau lebih istimewa untuk kita miliki.Kita sangka dengan mengharap yang indah-indah itu sebagai milik kita, maka akan jadilah kita orang yang paling bahagia.
Namun, pada masa yang sama,kita lupa dan tidak hiraukan insan yang sentiasa bersama kita, waktu senang dan susah.Waktu kita terjatuh di padang luas semasa mencari "rumput yang paling cantik itu".Kita sangka bahawa bahagia dan impian indah kita ada dihadapan atau dengan memiliki seseorang pada masa akan datang.Sedangkan kita tahu, masa hadapan itu belum tentu milik kita.
"Yang menjadi milik kita ialah waktu sekarang.Bahagia pula bukanlah akan terbang  dan datang sendiri tanpa kita sangka-sangka.Bahagia itu hanya akan dinikmati jika kita menciptanya.Ya, menciptanya bersama insan tersayang yang sekarang ini ada disisi dan dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada kita."








cantik kan rumput ni???:p






































* Love Chitra :-*

No comments:

Post a Comment